Sebagai persiapan terakhir menghadapi UPSR pada minggu hadapan, satu mesyuarat AJK UPSR telahpun dijalankan di bilik darjah Pra-sekolah (tempat lain semua dah fully booked)..Majlis berjalan dengan penuh ramah mesra dan santai..Kebanyakkan guru lelaki memilih untuk duduk bersila di lantai (karpet) sementara guru-guru perempuan pun dengan penuh sopan santun duduk di kerusi-kerusi kecil...
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Ridzuan sambil di sulami oleh kalimah-kalimah bermakna dari En Misron. Diharap semua petugas (guru-guru) UPSR pada tahun ini telahpun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi UPSR pada minggu hadapan. Untuk rekod, kerja-kerja menyusun/mengemas bilik peperiksaan akan bermula esok selepas waktu rehat. Kami mendoakan semuanya berjalan lancar. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan