18 Ogos 2009

OGOS TIBA LAGI


Masih ingat lagi dengan persembahan sajak oleh Cikgu Sahak semasa pelancaran bulan kemerdekaan tempoh hari? Berikut adalah petikan sajak yang dideklamasikan oleh beliau pada hari itu....

OGOS TIBA LAGI

Setiap kali tibamu Ogos
mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah
dalam matang akal fikir
semangat dan kudrat masih berbaki
merisik khabar pejuang yang jauh
dalam lipatan darmawisata merdeka
mahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua
menyentak lolong makrifat membiak musim
ceiteranya berderai plotnya berkecai
mengirai skrip duga yang tak sudah
atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdeka
tanggal tia pulu satumu tidak pernah hilang
tetap menyimpul senyum
meskipun termateri kenangan pahit
yang mahal dan cantik

Hari ini hari mentari Ogos memancar lagi
bersama gemersik angin di bumi bertuah
mendewasakan ukhwah dan ummah
siap siaga warga berdaulat memahat sejarah
dalam tamadun warga yang gah

Terima kasih pejuang tanah merdeka
terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

Sajak tulisan,
Wan Zahari Wan Ali
SMK Saujana, Setiu, Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails