30 Ogos 2009
28 Ogos 2009
Sehari sebelum peperiksaan
1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan dan slip peperiksaan disediakan
2. Selepas solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dgn bacaan yassin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dgn sempurna.
3. Pastikan tidur yang mencukupi..ia penting bagi badan dan otak cergas utk hadapi peperiksaan.
4. Pastikan diri tidak tertekan dgn membuat ulangkaji disaat akhir…pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.
5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sek..solat Subuh berjemaah dgn keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah..
6. Langkah keluar rumah dgn kaki kanan sambil membaca doa tertentu utk selamat sampai ke sek. dan diberi kekuatan menjawab soalan dgn cemerlang…
Apa perlu dibuat menjelang peperiksaan?
1. Anda seharusnya cuma mengulang kaji nota – nota yang telah anda sediakan, bukan lagi membaca buku – buku teks. Mengulangkaji secara berkumpulan juga lebih menyeronokkan.
2. Bertukar – tukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain kerana banyak manfaatnya.
3. Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda yang sebenarnya dengan teliti.
4. Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan mata pelajaran berkenaan yang ada pad jadual itu dengan dakwat merah supaya tidak terlepas daripada perhatian anda.
5. Sementara menanti bermulanya peperiksaan, rujuk nota anda sepintas lalu. Ini untuk menyegarkan kembali ingatan anda tentang topik pelajaran yang bakal disoal nanti.
6. Elakkan daripada berbual – bual kosong kerana tidak mendatangkan faedah.
Tips Kesihatan Menjelang Peperiksaan
a. Cuaca
i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit
b. Waktu Rehat
i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu
ii. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.
c. Makanan.
i. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.
ii. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut.
iii. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.
d. Emosi.
i. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.
ii. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.
iii. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.
iv. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Keadaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.
v. Banyak bersabar serta berdoa kepad Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.
Perkara yang Boleh dan TIDAK BOLEH dilakukan menjelang peperiksaan
PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN MENJELANG PEPERIKSAAN:
YANG BOLEH:
1. Rancang ulang Kaji
Masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Minta nasihat guru untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.
2. Susun bahan ulang kaji.
Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik.
3. Cari kaedah terbaik
Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saat-saat akhir.
Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru atau rakan-rakan yang lebih mengetahui. Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda untuk meneruskan dengan perkara-perkara yang lain.
YANG TIDAK BOLEH:
1. Ulang kaji saat akhir
Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika anda gagal.
2. Pesanan SEMASA PEPERIKSAAN
Baca arahan dengan betul dan tenang. Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu. Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Tapi jangan terlalu lama.
Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan.
3. Pesanan penting SELEPAS PEPERIKSAAN
Jangan membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat. Beri tumpuan kepadakertas-kertas yang akan datang.
Tips Semasa Peperiksaan
1. Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
2. Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
3. Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.
5. Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit.
6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
7. Semasa menjawab soalan esei/struktur, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.
Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu. Atau kenalpasti pemboleubah pada soalan sains TTC/TOM/TTK
8. Semak jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Strategi Menjawab Soalan Peperiksaan
Berikut adalah beberapa strategi menjawab soalan semasa peperiksaan. Antaranya ialah:
1. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan dan memilih jawapan.
2. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.
3. Peruntkkan masa bagi menjawab sesuatu soalan hendaklah sesuai dengan peruntukkan markah bagi soalan berkenaan.
4. Semak semula semua soalan dan jawapan, jika masa mengizinkan.
5. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.
Kelemahan Umum Menjawab Soalan Peperiksaan
Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:
1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
2. Tidak memahami kehendak soalan
3. Cuai semasa menjawab soalan
4. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
5. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
6. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
7. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.
8. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.