29 April 2010

Ceramah kesihatan pergigian

Ceramah kesihatan pergigian telah disampaikan kepada pelajar oleh jururawat bertugas. Ceramah telah disampaikan di makmal komputer sekolah. Adalah diharapkan para pelajar mengambil pengajaran yang berguna daripada ceramah ini.

Perhimpunan pagi

Perhimpunan pada setiap pagi telah dihidupkan semula untuk memupuk disiplin pelajar serta dapat diselitkan dengan pelbagai sisipan pagi guru-guru terlibat. Perhimpunan selama 15 minit ini dijalan dari hari Selasa hingga Khamis bermula pada pukul 7.00 pagi

Juadah pagi ini

Juadah buah tangan Pn Puziah. Sungguh lazat dan berkhasiat

26 April 2010

Rawatan Pergigian di sekolah

Bukanlah sesuatu yang menggembirakan apabila menerima kedatangan pasukan perubatan pergigian di sekolah. Mulalah ada yang kecut perut. Namun tugas tetap diteruskan. Hari ini sekolah kami telah dikunjungi oleh sepasukan petugas klinik pergigian yang akan berkampung selama 4 hari. Memandangkan sekolah sedang mengalami transformasi bangunan, maka bilik operasi pergigian ini dijalankan di bilik pendidikan khas. Kelihatan di gambar sebahagian murid-murid dari kelas 6 Ibnu Sina sedang menerima rawatan.

Apam gula hangus

Hidangan istimewa yang disediakan oleh ustazah Sri Mawati. Lazat dan berkhasiat

24 April 2010

Pasukan bola baling di kejohanan MSS Zon Tiram

Sebahagian dari[ada gambar-gambar penyertaan pasukan sekolah ke kejohanan bola baling MSSZ Tiram tempohari.

23 April 2010

Kismis minda

Kelihatan Ustazah Sri Mawati sedang sibuk menyrdiakan pek-pek kismis untuk sarapan minda. Adalah dipercayai dengan memakan kismis secara tetap minda murid akan menjadi lebih cerdas.
Related Posts with Thumbnails