28 Februari 2010

Motivasi UPSR 2010

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti kursus motivasi tahun 6 pada hari Sabtu 27 Feb yang lepas.
Sebelum bermula Cik Siti Hajar selaku pengacara sempat membuat senaman ala J-Qaf
Sementara iti guru-guru pula disuruh mendengar ceramah motivasi di balai raya Felda Ulu Tebrau...
Seperti biasa, sebelum majlis bermula....kita minum dulu
Nampaknya guru-guru dan kakitangan begitu tekun mendengar ceramah sambil mengambil iktibar daripadanya.
Sebahagian daripada aksi sepanjang kurus dijalankan
Sebahagian guru pula bertungkus lumus menyiapkan makanan dan minuman petang para peserta kursus...
Semoga dengan terlaksananya program motivasi UPSR 2010 pada kali ini akan menambahkan lagi semangat dan keyakinan para pelajar, ibubapa dan guru untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang...InsyaAllah

24 Februari 2010

Zaman sukar

Semua maklum kerajaan sedang mengamalkan sikap berjimat cermat. Namun ketiadaan bekalan elektrik ke kelas-kelas kabin dan masalah bekalan air di sesetengah bahagian sekolah memang memberikan kesan yang kurang selesa kepada semua.

Pecah masuk

Ni apa kes pulak ni. Lain macam aje....
Rupanya Miss Leeya sedang meng-Mc Gyver kan kad pelajar (sekarang dah cikgu tau) tadi untuk membuka pintu kabin bilik guru yang tetiba saja susah nak dibuka dengan menggunakan kunci yang telah dibekalkan.

Please, don't try this at home....

Data SMM

Nampaknya data SMM telah berjaya disiapkan dan dihantar mengikut masa yang ditetapkan. Tahniah kepada semua yang terlibat. Kelihatan o-tai SMM sedang buat-buat sibuk dengan data SMM.

10 Februari 2010

Nostalgia Kembara Mahkota 2008

Rombongan Kembara Mahkota Tunku Ibrahim Ismail (kini, YM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar) pernah mencemar duli dengan melawat ke sekolah Felda Ulu Tebrau pada tahun 2008. Baginda tiba bersama rombongan motosikal bekuasa tinggi. Rombongan baginda juga turut disertai oleh ahli keluarganya. Majlis dimulakan dengan persembahan kawad pasukan sekolah yang telah menerima pujian daripada Tuanku Sultan yang memang gemarkan akitiviti yang dapat memupuk sifat berdidiplin di kalangan pelajar. Baginda sempat juga merasmikan bangunan pra-sekolah. Kami warga SK (Felda) Ulu Tebrau merasa bangga dan berbesar hati menerima kunjungan baginda Tuanku.

Daulat Tuanku

Cara menjawab soalan pattern/trend atau corak subjek sains SR Siri 3

Di dalam bahagia soalan struktur subjek sains SR ada ditanyakan tentang soalan trend. Ia juga kadangkala dipanggil pattern. Sila perhatikan corak pada carta atau jadual hasil penyiasatan yang diberikan. Kebiasaannya murid terlalu gopoh menjawab soalan sehingga terlupa menyemak soalan bertanyakan tentang trend/pattern apa. Maka jawapan yang diberikan salah. Oleh itu PASTIKAN....soalan bertanyakan tentang trend/pattern APA sebelum menulis jawapan.

Jawaplah dengan ringkas. Satu perkataan yang betul sudah melayakkan anda mendapat markah penuh. Berikut adalah soalan bagi ketiga-tiga carta bar di bawah;

Q: What is the trend/pattern of the bar charts below?

Nota: Ada kalanya soalan akan bertanyakan trend/pattern secara khusus. Sila fahami soalan terlebih dahulu...
Jawapan: Increases
Jawapan: Decreases
Jawapan: At first increase and at the end decrease.

***Jangan lepaskan peluang untuk menjawab soalan ini. Ianya bolehlah dianggap mudah untuk dijawab. Dengan hanya beberapa perkataan anda akan mendapat 1 markah jika dibandingkan dengan soalan-soalan KPS (kemahiran proses sains) yang lain***

08 Februari 2010

Cara menjawab soalan observation dan inferens subjek sains SR Siri 2

Setelah mengenalpasti pembolehubah- pembolehubah atau variables (TTK,TTC dan TOM) daripada situasi atau gambarajah yang disediakan, murid-murid akan berdepan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengannya. Mari kita gunakan gambarajah di bawah untuk menjawab soalan observation (pemerhatian) dan inferens/reason (alasan/sebab).

Sila klik situasi untuk memahami soalan

Contoh soalan OBSERVATION:

Q1--What is your observation based on the investigation above?
Q2--What can you see from the diagram above?

Klu jawapan:
Pastikan jawapan kamu berkaitan dengan TOM iaitu ketinggian anak benih dan buatlah perbandingan dengan anak benih di pasu yang lain.

Cara menulis:
jawapan A--Green bean seedlings in pot X is taller than green bean seedlings in pot Y
jawapan B--Green bean seedlings in pot Y is shorter than green bean seedlings in pot X

*** kebiasaannya soalan observation turut diikuti oleh soalan inferens/reason. Jika salah satu daripada jawapan bagi soalan-soalan ini yang kamu berikan tidak betul maka kedua-dua jawapan kamu akan dianggap salah. Oleh itu berhati-hatilah menulis jawapan. Jika kamu bercerita tentang anak benih di pasu X (jawapan A) maka pastikan penerangan atau alasan kamu untuk soalan inferens/reason mstilah berkitan dengannya.

Contoh soalan INFERENS:
Q3--What can you infer based on your answer in Q1/Q2?
Q4--Give your reason based on your observation?

Klu jawapan
-kenalpasti TTC (number of green beans)
-kaitkan dengan pelajaran sains yang telah kamu pelajari. Plants compete for sunlight, space, water, nutrient and air.
-Setelah difahami tahulah kita bahawa biji benih berebutkan ruang/space untuk membesar/tumbuh tinggi.

Cara menulis:
- Green bean seedlings in pot X is taller than green bean seedlings in pot Y because it gets more space.
- Green bean seedlings in pot Y is shorter than green bean seedlings in pot X because it gets less space.
--Ayat yang berhuruf tebal tadi adalah jawapan daripada soalan observation. Kita gunakan semula dan ditambah dengan because dan diikuti dengan alasan logik yang telah anda kenalpasti daripada situasi di atas atau daripada pembelajaran sains semasa di dalam kelas.

NOTA Ada kalanya soalan bertanyakan tentang inferens terlebih dahulu dan diikuti oleh observation.
Related Posts with Thumbnails