Tak meriah rasanya kalau hari raya tidak disertakan dengan duit raya. Duit raya ni pula kebiasaanya budak-budak nak yang baru-baru je. Beruntung betul budak-budak zaman sekarang ini. Tapi jangan sampai meminta-minta dan bersyukurlah dengan apa yang bakal kamu terima nanti. Belanjalah dengan berhemah dan jangan membazir dengan membeli benda yang bukan-bukan.
14 September 2009
13 September 2009
Lawatan UPSR En Yahya (Unit Pep. JPNJ)
Sepanjang UPSR pada minggu lepas, sekolah telah menerima banyak lawatan daripada pegawai-pegawai pelajaran. Antara yang hadir ialah Ustaz Mahmud (PPD P Gudang) pada hari Selasa dan En Yahya (Unit Pep. JPN Johor) pada hari Selasa. Kelihatan di gambar ialah Pn Puziah yang sibuk menerangkan serba sedikit tentang sekolah. Kebetulan pula mereka saling mengenali antara satu lain semasa mengajar di daerah Kota Tinggi sebelum ini.
11 September 2009
Salam aidilfiti
Sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, pihak kami akan cuba mengambil gambar seberapa banyak guru-guru untuk dimuatkan sebagai kad ucapan hari raya...
Menuntut ilmu tiada batasannya
Walaupun sibuk dengan tugas-tugas mengajar seharian, guru-guru sempat juga mengambil peluang menambah ilmu. Seperti yang ditunjukkan di gambar Pn Puziah dan En Sahak mengambil peluang belajar ICT daripada fasilitator ICT sekolah Cik Norazila. Kepada rakan-rakan guru yang belum lagi mengambil kesempatan, rebutlah peluang keemasan ini.
Bungkus hadiah lagi...best
Cikgu-cikgu selain daripada pandai mengajar, mereka juga handal membalut hadiah. Kelihatan guru-guru perempuan bergotong-royong membalut hamper dan hadiah bagi pertandingan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang lepas. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan dijalankan pada hari Jumaat 18/10/09
Susun semula
Selesai sudah UPSR, murid-murid mengemas semula kerusi meja yang telah digunakan. Murid-murid ini memang la rajin-rajin belaka.
Cikgu Ridzuan sedang sibuk menguruskan pergerakakan susunan meja dan kerusi. Kerja-kerja ini hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit. Diucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat.
10 September 2009
biar berpanas
Cuaca hari ini pada sebelah pagi boleh tahan juga panasnya. Untuk mengelakkan rasa kurang selesa murid-murid beratur di tempat lapang, murid diminta beratur di laluan gajah menyusur berhampiran makmal komputer....
Sempat lagi teacher zarina menokok tambah tip-tip biarpun di bawah terik mentari....
Langgan:
Catatan (Atom)








