Sk Felda Ulu Tebrau turut memeriahkan majlis Program Semai Bakti UTM tempohari yang telah berlangsung di Dewan Raya Felda Ulu Tebrau...
13 Mei 2012
Potluck hari Jumaat
Dah banyak kali juga pada tahun ni bilik guru menganjurkan acara potluck di bawah seliaan Ustazah Norhayati (orang kuat potluck) dengan dibantu oleh rakan-rakan guru. Ramai yang bawak makanan namun ramai juga yang tak sempat bawa makanan... Seperti biasa, makanan yang dihidangkan lazat-lazat belaka... kalau nak ambil cuti CRK ambillah hari lyang lain selain hari Jumaat :).... melepas nanti
Pertandingan kawad kaki unit-unit beruniform daerah Pasir Gudang 2012
Pasukan kawad kaki sekolah Felda telah berjaya menduduki tempat ke dua dalam pertandingan kawad kaki daerah Pasir Gudang 2012. Tahniah
19 April 2012
EW20 di perhimpuan pagi Khamis
LDP Kajian Tindakan
10 April 2012
Program Susu Sekolah 1 Malaysia di SK Felda Ulu Tebrau

SK Felda Ulu Tebrau sekali lagi terpilih untuk menerima bantuan Susu Sekolah 1 Malaysia bagi tahun 2012. Murid-murid kelihatan penuh semangat lagi teruja apabila terlihat saja lori susu masuk ke perkarangan sekolah pagi tadi.

Pun begitu, banyak prosedur yang perlu dipatuhi bagi melaksanakan program susu sekolah 1 Malaysia kali ini. Beberapa langkah awal yang bertujuan memastikan keselamatan murid telah diambil bagi mengelakkan tiada kejadian buruk berlaku.

Ok ye...sedut sekali dan rasa dulu...kalau lain macam aja luahkan.


Tiada kejadian pelik semasa minum susu sekolah 1 Malaysia kali ini. Murid-murid SK Felda semuanya kelihatan riang, gembira dan bertenaga minum susu percuma....
Susu Sekolah 1 Malaysia..... Saya Mesti Pilih !!
Langgan:
Catatan (Atom)











