10 April 2012

Program Pembangunan Lestari 1 Malaysia USM di SK Felda Ulu Tebrau

Sekolah telah menerima sekumpulan mahasiswa daripada USM yang sedang menjalankan program Pembangunan Lestari 1 Malaysia yang bertempat di Felda Ulu Tebrau pada 9 April lepas. Kunjungan mereka bermula sekitar 9.00 pagi telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan khusus untuk murid-murid Tahun 6.

Sekolah kami merasa amat bergembira dan berbesar hati menerima kunjungan para mahasiswa USM yang terlibat dalam program kali ini. Semoga program yang berfaedah ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Barisan guru-guru Tahun 6, 2012

Guru-guru tahun 6 sempat lagi bergambar untuk tatapan para pengunjung blog. Namun begitu terdapat dua lagi guru yang tak berkesempatan untuk turut serta semasa sesi bergambar dijalankan. Tahukah kamu siapakah mereka?

Semoga semangat guru-guru tahun 6, 2012 terus mekar dalam mendidik dan merealisasikan impian dan hasrat sekolah dalam UPSR tahun ini. InsyaAllah

Kecemerlangan olahraga 2012

Para atlit yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat MSSD Pasir Gudang tempohari telah menerima pingat dan sijil masing-masing di hadapan para guru dan pelajar di perhimpunan mingguan.

Yus Amira - Johan lompat jauh P12 Daerah P Gudang
Nur Hazirah - Pingat emas 4x100 dan perak 4x200 Daerah P Gudang

Mesyuarat Agong PIBG 2012

Sabtu lepas telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG sekolah
Sekolah bernasib baik memiliki sepasang kembar untuk tugasan pembawa bunga manggar
Pendaftaran ibubapa sedikit meriah disebabkan asyik memilih cup cake yang disediakan
Juruacara anda, En jantan dan Cik Shikin
Barisan jemaah AJK PIBG sewaktu majlis mesyuarat berlangsung
Ketibaan wakil rasmi Yb En Teng Boon Soon, Dr Lim Yok Hong
Majlis mengucapkan ribuan teima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung menjayakan mesyuarat pada kali ini

09 April 2012

Panik!

Kejadian yang berlaku pada bulan lepas ni memang tak pernah berlaku di sekolah ini sepanjang 20 tahun. Seorang murid mengadu sesak nafas dan sakit dada. Kebetulan pula pada hari yang sama, ada jururawat yang datang bertugas memeriksa kesihatan murid. Jururawat telah menelefon bantuan ambulan untuk menghantar murid ke hospital berdekatan. Alhamdulillah, murid tersebut tidak mengalami masalah kesihatan yang serius dan telah dibenarkan keluar pada hari yang sama...

03 April 2012

Mengesan pembolehubah sains UPSR

Kadang-kala para pelajar agak terkeliru apabila mencari pembolehubah/variables daripada soalan-soalan yang mengandungi carta atau jadual. Panduan ringkas di atas sesuai untuk dijadikan panduan. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Lokasi sekolah kami

Walaupun agak lambat untuk disiapkan. Harap peta lokasi sekolah kami ni dapat diguna pakai kepada yang berminat ke sekolah kami....

Sila klik gambar untuk paparan lebih besar
Related Posts with Thumbnails