Tepat jam 10.30 pagi tadi semua guru lelaki dikehendaki mendengar taklimat kecemasan @ penyelenggaraan bangunan oleh kontraktor terbabit. Taklimat panjang lebar berkaitan dengan tekanan air, bekalan elektrik, bilik kawalan elektik utama, injap pancur kering dan loceng kebakaran telah disampaikan. Tuan guru besar turut hadir mendengar taklimat tersebut. Taklimat yang kena dengan masanya. Bukan nak memandai-mandai tapi berguna juga bila ada kecemarasan dan masalah yang bakal timbul kemudian....
03 Januari 2012
Majlis penyerahan bangunan baru 03.01.2012
Tandatangan SBPA
Penyerahan sumbangan peralatan persekolahan murid tahun 1 oleh Yayasan Felda
Selepas saja selesai pendaftaran tahun 1, 2012, para ibubapa telah ke dewan untuk mendengar taklimat transisi oleh cikgu Jailani Penyelia Petang.
Majlis turut diserikan oleh penyampaian sumbangan keperluan sekolah oleh Yayasan Felda yang merupakan beg sekolah dan peralatan-peralatan lain istimewa untuk miurid-murid tahun 1. Simbolik penyerahan kelengkapan ini telah disampaikan oleh Pen. Pengurus Felda (baju gelap).
Sebahagian daripada murid-murid yang menerima sumbangan kelengkapan sekolah di sampaikan oleh Tok Penghulu Felda Ulu Tebrau.
30 Disember 2011
Persiapan persekolahan sesi 2012







Walaupun sesi persekolahan 2012 belum lagi bermula tapi banyak perkara dah berlaku macam dah berbulan kita bersekolah. Antaranya ialah;
1. Mesyuarat guru
2. Mesyuarat Panitia
3. Kursus LDP
4. Gotong-royong
5. Jamuan
6. Jualan buku
Musim 2012 ni juga bakal menyediakan lebih banyak cabaran dan dugaan kepada semua guru SK Felda Ulu Tebrau memandangkan banyak kerja yang harus dilakukan termasuklah mengemas bilik-bilik khas di bangunan baru di samping tugas-tugas sedia ada seperti mendidik dan sebagainya. Adalah diharapkan tahun 2012 ini bakal membawa sinar yang lebih cerah kepada semua warga SK Felda Ulu Tebrau hendaknya. Amin
Label:
Bangunan Baru,
Sekolah,
Umum
24 November 2011
.... memang rajin-rajin belaka

Hari ni secara tak rasminya acara gotong-royong diadakan untuk mengemas kabin dan kerusi meja. Memandangkan acara yang tidak rasmi maka tak adalah makan-makan atau jemput artis luar mahupun VIP atau orang suratkhabar. Acara ini diketuai oleh cikgu Nasir (baju merah).

Hampir keseluruhan guru lelaki yang ada kat sekolah ini berganding bahu dan tolong-menolong mengemas dan mengangkat meja kerusi serta almari. Kenapa? Sebab kabin-kabin ini akan dipulangkan semula.

Secara amnya hampir 120++ kerusi meja murid dan meja guru termasuk 4 buah almari 6' besi berjaya dipindahkan ke tempat selamat. Koordinasi yang baik serta semangat kental lagi tidak mengenal erti lelah dan jemu di bawah terikan mentari wajar diberikan pujian dan penghargaan

Acara yang bermula sekitar 9 pagi berakhir kira-kira 12 tengahari.

Daripada 5 buah kabin yang terlibat, 4 buah telah dikosongkan. Sempat juga diangkat tiang-tiang gol bola jaring bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku masa cuti sekolah yang panjang ni.

Majlis disudahi dengan memindahkan dua buah khemah besar ke tempat yang lebih sesuai bagi memudahkan kerja-kerja memindahkan kabin kemudian hari. Kepada yang bertungkus lumus menjayakan acara ini kami mengucapkan jutaan terima kasih....
Langgan:
Catatan (Atom)