13 November 2011

Hari keluarga KEBIRU di Tanjung Balau

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Hari keluarga KEBIRU telahpun selamat diadakan di Pelangi Balau Resort, tanjung Balau pada 12 November 2011 yang lepas. Walaupun pada hari kejadian banyak sekali kumpulan-kumpulan lain yang buat outing di situ tapi kami sungguh bernasib baik kerana di tempatkan di ruangan bilik khas jadi bolehlah dikatakan selesa dan kurang gangguan...
Mula-mula aja start acara karaoke cikgu-cikgu lelaki. Memang hebat-hebat persiapan mereka ni. Acara dimulakan dengan nyanian Abang Zek dari filem Azura dengan lagu kumpulan Illusi, Suara Cinta...
Memang hebat persembahan sampaikan para juri tak lepas pandang dengan setiap persembahan para peserta.
Nampaknya semua yang hadir sedang memberikan komen masing-masing di dalam hati agaknya...
Majlis kali ni juga diserikan dengan pertemuan semula adik-beradik yang lama tak bertemu iaitu isteri Cikgu Nasir di sebelah kiri dan Pn Siti Safiah di sebelah kanan.
Berbalik semula kepada cerita karoke tadi. Beberapa persembahan hebat telah saya pilih untuk di paparkan di sini seperti persembahan lagu Kamelia daripada cikgu Fazli. Siap jaket dan spek hitam memang satu persembahan yang memukau dan layak bergelar juara pada kali ini.
Cikgu Jantan pula dengan killer song beliau iaitu sebuah lagu Jamal Abdillah. Hadirin yang hadir pasti sukar melupakan persembahan hebat beliau ini ye.
Bermula dengan cikgu Fazli, adengan-adengan beri bunga macam jadi trend pulak. Tapi tak apalah asalkan kau bahagia sudah lah... Lepas karaoke banyak lagi sebenarnya acara berlangsung seperti acara solekan dan karaoke perempuan. Malangnya jurugambar dilarang mendekati lokasi pertandingan. Apak nak buat. Sabar ajalah...
Sementara cikgu-cikgu perempuan sibuk di dalam, cikgu-cikgu dan para suami semuanya dengan acara bola tampar dan temankan anak masing-masing mandi di kolam renang.
Sedap betul sekali-sekala rilek-rilek sambil sembang-sembang kosong dengan kawan-kawan... Masa acara sukaneka petang , saya dah tak larat nak pikul kamera. So tak adalah gambar-gambar semasa acara tu dijalankan...
Majlis disudahi dengan minum petang. memanglah masa makan yang ditunggu-tunggu. Maklumlah ada yang dah berjam-jam berendam dalam kolam. perut pun tentulah lapar.
Kami turut dikejutkan dengan surprise birthday boy iaitu adik Pn Liyana. Hebat betul macam yang selalu kita tengok kat suratkhabar lah gayanya. Anyway semoga panjang umur dan murah rezeki. Kek pun sedap apa...
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kepada semua yang hadir kami ucapkan terima kasih dan sekiranya terdapat kekurangan harap dimaafkan. kepada yang berjaya tahniah kami ucapkan dan kepada yang kurang berjaya cubalah lagi di hari keluarga akan datang.

Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan....

10 November 2011

Jamuan akhir tahun 2011

Dalam kesibukan masa dengan nak isi markah dalam SAPS dan sapr16 sempat juga guru-guru tahun 4 & 5 buat jamuan akhir tahun. Memang dahsyat persediaan mereka ni bukan calang-calang hebat. Bertuah sungguh bila dijemput menghadiri ke jamuan mereka. Kebetulan pula saya ada membawa kamera. Maka, dapatlah snap sekeping dua gambar-gambar jamuan hari ini...
Walaupun tak mengajar tahun 4. Saya dijemput makan. Tuan rumah yang pakai baju biru gelap tu memang terkenal pemurah dan baik hati. Jadi dengan muka seposen terus datang bila dijak-ajak ayam, sebab katanya banyak makanan eksotik disediakan. Wow!
Tapi yang pelik tu mesti ada muka Amir Hamzah dalam gambar. Memang fotogenik hehe
Yang tak berkesempatan hadir terimalah gambar hidangan yang disediakan.... :)

Taklimat perjalanan hari keluarga Kebiru 2011

Masing-masing macam dah tak sabar menunggu hari bahagia

Latihan persembahan hari graduasi

Berusahalah .....

Gambar perkhemahan

Lega semua telah selesai, bagaimanapun ada yang tak dapat gambar yang dikehendaki. Duit anda telahpun dipulangkan...

23 Oktober 2011

Perkhemahan unit-unit kokurikulum di Sungai Tiram

Satu perkhemahan unit-unit beruniform telah diadakan di Tiram Indah Village, Sungai Tiram dari 20-22 Oktober 2011
Banyak aktiviti disediakan sepanjang 3 hari perkhemahan
Flying Fox merentas kolam - 3.5 bintang
Water confidence - 5 bintang
Ikhtiar hidup - 4 bintang
Ustaz Suheil - guru pengiring terbaik (kategori water confidence)
Sebahagian daripada guru-guru pengiring yang bersama para peserta sepanjang perkhemahan dijalankan. Penat memang penat tapi seronok. Rugi tak pergi. Jumpa lagi tahun depan...

18 Oktober 2011

Lawatan sekitar JB

Kali ni murid-murid tahun 6 berpeluang mengikuti rombongan ke sekitar JB. Walaupun dah biasa dengan tempat-tempat yang bakal dilawati tapi sambutannya tetap menggalakkan. Peluang untuk menyertai apa saja lawatan memang menyeronokkan dan sukar untuk dilepaskan.
Rombongan kecil dengan kekuatan 78 orang murid dan diiringi oleh 8 orang guru pengiring. Rombongan yang turut diberi gelaran lawatan 'bajet' kerana kosnya yang serendah RM20 seorang termasuk tiket, sarapan pagi dan makan tengahari. Rancangan kita hari ni ialah melawat Muzium Diraja Negeri Johor, Zoo Johor dan Perpustakaan Awam Johor, Jalan Yahya Awal
Haha budak-budak felda jarang berpeluang naik bas 44 tempat duduk. Maklumlah rumah dekat dengan sekolah. Sekali-sekala berpeluang naik bas panjang memang menyeronokkan.
Haluan asal terpaksa ditukar kerana Muzium Diraja sedang ditutup kerana kerja-kerja ubahsuai. Maka menghalalah kami ke Zoo. Sama-sama membantu buka pintu gate Zoo Johor. Zoo Johor pun sedang menaik taraf pintu utama. Nampaknya memang banyak sekali kerja-kerja naik taraf yang berlaku sekitar JB....
Zoo Johor memang tak mengecewakan. Ingat lagi kalau dulu pergi Zoo Johor baunya kurang sedap sebab kurang perhatian, tapi sekarang memang dah lain dari dulu. Jauh sangat. Bersih, kemas dan banyak haiwan. Kalau ramai orang dari haiwan yang dipamerkan apa kita nak panggil tempat tu agaknya??
Memandangkan rancangan awal melawat muzium terpaksa dilupakan maka terpaksalah kita buat plan B. Bukan senang juga nak cari tempat-tempat persinggahan sekitar JB. Setelah penat berfikir akhirnya kami ke Plaza Angsana. Bukan nak shopping sakan tapi berehat memandangkan matahari yang semakin meninggi. Dapat juga cari ole-ole untuk adik-adik di rumah.
Murid-murid bergerak dalam kumpulan semasa di sini tidak menimbulkan banyak masalah. Bagus betul disiplin budak-budak ni. Tak payah nak jerit-jerit macam tarzan. Rileks aja mereka boleh kawal diri.
Letih ronda semua cari tempat duduk. Lepas tu kami ke masjid bersolat dan makan tengahari sebelum bergerak ke Perpustakaan Awam Johor.
Destinasi terakhir kami ialah Perpustakaan Awam Johor di Jalan Yahya Awal. Cikgu-cikgu pun first time berkesempatan ke sini. Tempatnya memang luas dan penuh dengan pengunjung. Nasib baik surat makluman lawatan telah kami kirimkan lebih awal maka dapatlah kami tours guide semasa di sana. Melopong mulut masing-masing dengar penerangan hehe
Susah juga nak ambil gambar tapi saya dah minta izin. Gambar tanpa flash untuk indoor memang susah. Mujurlah lens 35mm sesuai untuk low light. Bahagian dalam bangunan setinggi 3 tingkat ni memang banyak tempat-tempat cantik untuk fotografi...
Bunga pun banyak. Habuk pun tak ada sebab fully air-con. Memang cantik dan selesa sungguh tempat ni. Rugi kalau tak pergi
Banyak gambar cikgu yang diambil tapi nanti bimbang orang kata perasan pula. So sikit-sikit ajalah gambar yang saya muatkan kali ni.
Di tingkat bawah dalam bangunan ini juga terdapatnya Petrosains. Sayang sekali kami tak berkesempatan kerana tidak membuat janji lawat dengan pihak tersebut.
Lawatan dah sampai ke penghujungnya. Alhamdullilah cuaca pun taklah begitu panas bagi standard negara kita yang cuacanya panas dan lembab sepanjang tahun.
Sebelum bersurai kami mengadakan majlis ringkas penyampaian cabutan bertuah dan hadiah kepada pemenang kuiz bersempena lawatan ini.
Gambar kenang-kenangan sebelum kami bergerak balik ke sekolah. Hujan lebat turun sejurus bas kami naiki. Walaupun penat tapi best. Terima kasih kepada semua yang menyokong menjayakan program Lawatan ke JB untuk tahun ini.
Sekian. Terima Kasih
Related Posts with Thumbnails