16 Mei 2011

Cenderahati hari guru

Pihak PIBG turut tidak ketinggalan memberikan buah tangan sempena hari guru yang telah disampaikan oleh para pengawas sekolah.
Pihak pentadbir juga turut menyampaikan cenderahati...
Cikgu Zakarian dan cikgu Misron mirip pegawai tentera darat lengkap beruniform...hebat bro.

Sekitar sambutan Hari Guru 2011

16 Mei tiba lagi ....
Semuanya nampak ceria
Seronoknya...
Belum lagi majlis bermula...sesi bergambar dulu ye. Harap semua bersabar..
Agak-agaknya warna apa yang dominan pada hari ini ?
Di kala semua sekolah telah ada dewan terbuka mahupun yang tertutup, sekolah kami masih lagi dengan dataran kejat. Harap-harap akan ada pihak yang terbaca artikel ini yang akan membantu membiayai pembinaan dewan terbuka...
Semua guru mengambil tempat sebelum menyanyikan lagu Guru Malaysia.
AJK PA yang memang sentiasa komited dengan tugas...
Acara tradisi bersalaman...
Mana-mana yang terima hadiah sedikit saja anggaplah sudah suratan. InsyaAllah di tahun hadapan rezeki anda bertambah. Terima kasih semua. selamat Hari Guru

11 Mei 2011

Program Pelancaran Bulan Bahasa 2011

Saya terlupa bawa kamera untuk majlis pelancaran bulan Bahasa tahun ini. Apa yang anda bakal saksikan ialah gambar-gambar dari handphone saya aja...apalah
Murid-murid duduk semasa majlis dijalankan
En jantan selaku Pengerusi panitia bahasa Melayu menyampaikan taklimat tentang program Bulan Bahasa serta aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan.
Persembahan sajak
Persembahan bercerita
Majlis telah dirasmikan oleh En Misron.

Majlis pemuafakatan sekolah-sekolah Zon Tiram 2011

Satu program berkongsi maklumat dan aspirasi untuk maningkatkan pencapaian UPSR bagi zon Tiram telah diadakan pada minggu lepas. Sekumpulan guru dari SK Desa Jaya telah dijemput menyampaikan panduan dan tips berguna bagi peningkatan pecapaian UPSR Zon Tiram.

Pemenang pertandingan poster anti-dadah 2011

Tahniah kepada para pemenang....

Pameran kawalan penyakit berjangkit

Satu pameran kawalan penyakit berjangkit daripada bahagian kesihatan. Saya tak berapa maklum sangat dengan tepat pihak yang bertanggungjawab mebuat pameran dan ceramah kesihatan. Barangkali unit pendidikan kementerian kesihatan.

08 Mei 2011

Program Motivasi UPSR 2011

Satu program motivasi keibubapaan UPSR telah dianjurkan oleh pihak sekolah bertempat di Dewan Felda Ulu Tebrau pada 7 Mei 2011 bermula jam 7.30pg - 1.00ptg
En Zakaria Bahron menyampaikan ucapan dan pengharapan hala tuju sekolah untuk tahun 2011 selama hampir 2 jam.
Kehadiran ibubapa yang ramai (80%) memeriahkan lagi majlis seterusnya menambahkan lagi semangat guru-guru Tahun 6 secara tidak langsung.
Di pertengahan majlis, kami didatangi oleh dua orang wakil PPD Pasir Gudang yang kebetulannya sedang memantau proses PNP bagi sekolah-sekolah yang mengambil cuti tambahan untuk Deepavali akan datang. Untuk makluman sekolah Felda Ulu Tebrau tidak mengambil cuti ekstra tersebut...
Cikgu Sahak pun sempat hadir memeriahkan majlis..
AJK makanan sibuk menyediakan tempat dan juadah untuk tetamu dan ibubapa.
Ibubapa menerima makanan dan minuman semasa waktu rehat...
Penerangan Skor A
Ceramah motivasi disamapaikan oleh Guru Cemerlang Kaunseling SMK Taman Putri Kulai.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni yang kita jalankan ini akan membuahkan hasilnya nanti. InsyaAllah.

Orang yang berusaha, akan mendapat balasannya nanti...
TAPI
Orang yang malas, akan mendapat balasannya sekarang...
Related Posts with Thumbnails