08 April 2010

persiapan majlis 10/4/10


Persiapan saat-saat akhir menjelang hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agong PIBG. Kelihatan Miss Leeya dan murid-murid 4 Al Farabi sedang giat berlatih

Dwarf burger

Inilah dia burger comel a.k.a dwarf burger. Lazat dan berkhasit

02 April 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Beberapa aktiviti telahpun diputuskan di dalam mesyuarat KEBIRU tempohari bersempena sambutan hari guru peringkat sekolah. Antara ketetapan adalah seperti berikut;

Tarikh: 17 Mei 2010 (Isnin)

Acara guru sebelum hari kemuncak:
1. Pertandingan memancing (lelaki)
2. Pertandingan bowling (lelaki/perempuan)
3. Badminton (lelaki/perempuan)

Acara pada hari kemuncak:
1. Pertandingan bolatampar (lelaki)
2. Acara sukaneka (perempuan)

Cabutan bertuah murid-murid

Bangunan baru 4/10

Bangunan sekolah yang baru, dari hari ke hari semakin rancak. Kerja-kerja pembinaan dijalankan hampir tidak mengira waktu, siang dan malam...

Jamuan kesyukuran

Sebagai tanda kesyukuran, beberapa hari yang lepas, kami para guru telah dijamu oleh guru-guru baru. Sedap sungguh juadah hari itu yang merupakan hidangan nasi briyani timbus. Harap-harap ada lagilah jamuan yang seumpama ini diadakan di masa depan. Amin

Kuih daripada Pn Fuziah

Pn Fuziah telah membawa kuih ini ke sekolah. Tapi yang menariknya beliau sendiri pun tidak mengetahui nama sebenar kuih ini. Apa-apa pun terima kasih.

Terima kasih, cikgu

Related Posts with Thumbnails