11 Oktober 2009

Marhaban

Majlis marhaban kali ini dijalankan serentak untuk 3 buah rumah guru yang tinggal di Taman Impian Jaya. Dapat jugalah kami melihat rumah-rumah contoh Taman Impian Jaya. Majlis bermula di rumah Pn Saniah...ketupat pulut dan nasi biriani mereka sajikan...
Rombongan marhaban seterusnya bergerak ke rumah Pn Zarina dan menu istimewa mereka ubi rebus dan sambal sotong...
Sempat juga saya merakam ucapan Pengerusi KEBIRU, En Sahak selaku ketua marhaban memberikan ucapan alu-aluan kepada tuan rumah.
Majlis berakhir di rumah Ustazah Nurul Huda. Memandangkan ini adalah rumah ketiga maka power ahli-ahli marhaban sedikit menurun. Menu istimewa mereka ialah roti dan stew daging. Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menerima kehadiran kami.

LDP siri 5

Guru-guru berkumpul secara tidak rasmi di warong Nora untuk sarapan pagi...
Berborak-borak dulu sambil menantikan penceramah
Kelihatan guru-guru sedang bersedia mendengar ceramah
Ceramah disampaikan oleh Cik Zila dan En Zainal Abidin. Tempat berkursus ini telah disediakan oleh PPR Felda Ulu Tebrau. Begitu juga dengan jamuan makan tengah hari. Jawatankuasa LDP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPR Felda Ulu Tebrau serta semua yang menjayakan latihan pada kali ini.

09 Oktober 2009

Video kedatangan kabin ke sekolah

Kepada yang tidak berkesempatan melihat kedatangan kabin ke sekolah pada hari ini bolehlah menonton video-video di atas...

Kabin belajar

Kehadiran 2 buah kabin belajar di sekolah hari ini sungguh mengujakan murid-murid dan guru-guru. Belum pernah dalam sejarah sekolah, 3 buah kenderaan berat masuk ke kawasan ini.
Kelihatan murid-murid sempat memindahkan tiang gol bola jaring untuk memberi laluan kepada kabin.
Proses meletakkan kabin ini dijalankan penuh profesional dan hanya mengambil masa yang singkat.
Kedua-dua kabin ini diletakkan besebelahan dengan bilik Pra Sekolah. Kelihatan En Zainal lengkap berbaju melayu dan bersongkok sedang meninjau kerja-kerja meletakkan kabin.
Murid-murid pun tidak melepaskan peluang bergambar....kebetulan pula proses meletakkan kabin ini dijalankan pada waktu rehat...

Jentera Pemasang Cerucuk

Banyak yang berlaku hari ini termasuklah kerja-kerja memasang cerucuk yang juga baru bermula hari ini. Nampaknya kedatangan jentera memasang cerucuk ini serentak dengan kehadiran kabin (kelas) murid-murid.

Seronoknya dapat ikut

Awal-awal lagi murid-murid tahun 6 sudah menunggu cikgu Siti Hajar untuk menyerahkan borang dan duit untuk menyertai lawatan. Semua tempat duduk telahpun penuh diisi....sekarang yang perlu ialah menunggu hari lawatan.

08 Oktober 2009

Kalender Persekolahan 2010

Di sini dipautkan kalendar persekolahan bagi tahun persekolahan 2010. Semoga dengan adanya pautan ini dapat membantu tugas/urusan anda.


Related Posts with Thumbnails