Sesampai sahaja di sekolah pagi ini, jentera berat ini telah pun kelihatan di tapak pembinaan bangunan baru. Walaupun ianya hanyalah sebuah jentera, namun kami merasa amat gembira kerana akhirnya sesuatu yang positif (untuk pembinaan) telah kelihatan. Adalah difahamkan jentera ini tiba sekitar jam 4 petang semalam.
08 Oktober 2009
Kemasukan ke Tingkatan Satu 2010
Kelihatannya En Fadzli sedang sibuk membuat pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar ke tingkatan satu untuk sekolah menegah harian.
1. www.johordt.gov.my/ppdpm/krko9 bagi permohonan SMKA/KRK/KAA dan Sekolah Kawalan 1 September - 15 Oktober 2009
2. http://www.emoe.gov.my/ bagi permohonan ke SBP 1 Sept - 15 Okt 2009
07 Oktober 2009
Lawatan Tahun 6
Pada pagi ini juga En Jumali yang kelihatan tampan dan segak bergaya (masih dalam mood hari raya) telah memaklumkan tentang lawatan murid-murid tahun 6 ke Kuala Lumpur dan Genting Highland. Lawatan 3 hari 2 malam ini akan membawa murid-murid melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar ibu negara dan kawasan peranginan negara yang terkenal. Bayaran sebanyak RM150.00 dikenakan kepada setiap peserta. Tempat duduk adalah terhad (36).
Aktiviti Selepas UPSR
Pagi ini murid-murid tahun 6 telah dikumpulkan untuk taklimat aktiviti yang dijalankan selepas UPSR. Kelihatan En Fadzli selaku penolong penyelaras aktiviti menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti yang bakal dijalankan. Turut hadir ialah En Zainal Abidin dan En Jumali (JK Lawatan)
Murid-murid sedang menerima taklimat tentang permainan futsal
Antara aktiviti yang telah disenaraikan adalah:
1. Pert bolasepak 7 sebelah/street soccer 5 sebelah 13-15 Okt
2. Congkak/catur/dam aji 13-15 Okt
3. program Waja Diri&Pencegahan jenayah (PDRM) 21 Okt
4. Klinik bolasepak 31 Okt
5. Kuiz matematik/Sains 3 Nov
6. Sayembara Bahasa 9 - 12 Nov
7. Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 13-15 Nov
8. Jamuan Akhir Tahun 6 17 Nov
9. Hari Kemuncak kokurikulum 18 Nov
10. Language Games Okt-Nov
11. Lawatan Sambil Belajar 20-22 Nov
06 Oktober 2009
Berita terkini bangunan baru
Kelihatan timbunan longgokan batu-batu daripada sisa bangunan lama yang menjadi misteri...
Inilah bangunan stor@rumah kotai yang siap dibina. Kelihatan bangunan lama yang masih kekal (belum bercuit). Sila perhatikan longgokan batu-batu yang turut diletakkan di sudut pagar...
Bimbang juga kalau bangunan baru yang dijanjikan yang siap hanyalah bangunan kayu ini.
Sehingga setakat masa ini berita ini ditulis hanya terdapat 3 sahaja bangunan yang telah dan sedang dibina kontraktor iaitu; bangunan kantin sekolah, rumah kotai (dah siap lama dulu) dan bangunan stor barangan dan rumah kotai (seperti dalam gambar).
Tanda-tanda awal bangunan bakal dibina juga masih belum nampak lagi.
Bilik darjah sementara (kabin) yang dijanjikan masih belum muncul lagi. Keadaan dijangkakan akan tambah meruncing apabila murid-murid bakal menghadapai peperiksaan akhir tahun bermula dari 27 Oktober hingga 30 Oktober. Sesuatu perlu dilakukan.
Pindaan HOTEL hari keluarga KEBIRU 2009
Makluman terkini tentang hari keluarga KEBIRU. Lokasi hotel telahpun berubah dari yang asal kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Hotel terkini yang telah dipilih ialah Hotel Ninety Six, Taman Melaka Raya.
Alamat Hotel boleh di dapati di sini:
http://www.hotel906.com/contact_malay.html
Plan lokasi hotel boleh didapati di sini:
http://www.hotel906.com/contact_malay.html
Setakat ini, hampir 25 keluarga telah menyatakan persetujuan menyertai rombongan hari keluarga di Melaka.
JUMPA ANDA DI SANA!!
02 Oktober 2009
Jamuan hari Raya peringkat sekolah
Hari ini secara rasminya berlangsung acara jamuan hari raya peringkat sekolah. Acara pada hari ini bermula pada waktu rehat. Kelihatan di gambar En Misron (bersongkok) sedang menikmati jamuan di kelas 6 Al Farabi (menu utama-mee hoon/mee goreng)
Ini pula kelas 5 Al Jazari yang ketika gambar ini diambil telahpun selesai jamuan...mungkin makanannya sedikit sahaja agaknya.
Kelas 6 Ibnu Sina pula menumpang makan di kantin terbuka...menu utama-mee goreng
Kelas 6 Al Jazari pula memilih pondok bacaan. Hidangan istimewa, Laksa Penang
Sempat juga cikgu-cikgu lelaki ni singgah makan lagi di kelas 6 Ibnu Sina walaupun sudah menikmati hidangan hebat, mee bandung Muar di kelas Pra sekolah...
Kelihatan sebahagian guru-guru perempuan yang sedang berehat sebentar sambil menarik nafas mengah akibat terlalu banyak menikmati juadah hari raya.
Kelas-kelas lain juga turut membuat kelas terbuka tetapi tidaklah sempat dipaparkan di sini. Murid-murid juga turut tidak melupakan para pekerja dan guru-guru di pejabat. kelihatan deretan kuih muih, berwarna-warni dan pelbagai rasa di kaunter pejabat. Kepada yang membaca blog ini jangan lupa menyertai marhaban anjuran KEBIRU. Sila lihat jadual marhaban di sudut atas kanan. Terima kasih kepada semua dan selamat hari raya.
Langgan:
Catatan (Atom)


















