Kali ni murid-murid tahun 6 berpeluang mengikuti rombongan ke sekitar JB. Walaupun dah biasa dengan tempat-tempat yang bakal dilawati tapi sambutannya tetap menggalakkan. Peluang untuk menyertai apa saja lawatan memang menyeronokkan dan sukar untuk dilepaskan.
Rombongan kecil dengan kekuatan 78 orang murid dan diiringi oleh 8 orang guru pengiring. Rombongan yang turut diberi gelaran lawatan 'bajet' kerana kosnya yang serendah RM20 seorang termasuk tiket, sarapan pagi dan makan tengahari. Rancangan kita hari ni ialah melawat Muzium Diraja Negeri Johor, Zoo Johor dan Perpustakaan Awam Johor, Jalan Yahya Awal
Haha budak-budak felda jarang berpeluang naik bas 44 tempat duduk. Maklumlah rumah dekat dengan sekolah. Sekali-sekala berpeluang naik bas panjang memang menyeronokkan.
Haluan asal terpaksa ditukar kerana Muzium Diraja sedang ditutup kerana kerja-kerja ubahsuai. Maka menghalalah kami ke Zoo. Sama-sama membantu buka pintu gate Zoo Johor. Zoo Johor pun sedang menaik taraf pintu utama. Nampaknya memang banyak sekali kerja-kerja naik taraf yang berlaku sekitar JB....
Zoo Johor memang tak mengecewakan. Ingat lagi kalau dulu pergi Zoo Johor baunya kurang sedap sebab kurang perhatian, tapi sekarang memang dah lain dari dulu. Jauh sangat. Bersih, kemas dan banyak haiwan. Kalau ramai orang dari haiwan yang dipamerkan apa kita nak panggil tempat tu agaknya??
Sebelum bersurai kami mengadakan majlis ringkas penyampaian cabutan bertuah dan hadiah kepada pemenang kuiz bersempena lawatan ini.
Gambar kenang-kenangan sebelum kami bergerak balik ke sekolah. Hujan lebat turun sejurus bas kami naiki. Walaupun penat tapi best. Terima kasih kepada semua yang menyokong menjayakan program Lawatan ke JB untuk tahun ini.
Sekian. Terima Kasih