26 Oktober 2010
Ceramah Benci Zina
Roti halia (garlic bread) dan sup cendawan (mushroom soup)
14 Oktober 2010
Cadangan jamuan akhir tahun KEBIRU 2010
Jamuan KEBIRU tahun 2010 ini alangkah bahagianya kalau ada kelainan sikit... Cadangan tarikh 14 Nov 2010 (Ahad) jam 8.00 malam
Jamuan di atas kapal pelayaran bukanlah sesuatu yang biasa bagi kita kebanyakkan...
Besarlah harapan kami cadangan ini mendapat sokongan sepertimana besarnya kapal yang bakal kita layari nanti...
Untuk itu, setelah dihubungi pihak terbabit, satu pertemuan untuk melihat kapal dan fasiliti yang ditawarkan telah diaturkan...belum sampai lagi, tapi hati sudah melonjak-lonjak
Semakin dekat, semakin cantik
Jambatan yang digunakan untuk menghubungkan dengan daratan memang luas dan selesa serta tidak membimbangkan...
Palang-palang pada sisi kapal juga disediakan...angin yang meniup membuatkan kami seolah-olah turut belayar sedangkan kapal sedang berlabuh pada waktu itu...
Suasana sekitar haluan kapal yang menghubungkan dek bawah dan atas (kapal ini memiliki 3 tingkat)...sesuai untuk anak-anak yang suka bermain...
Ruang lapang sebelum bilik jamuan tingkat 2. Lagi ruangan yang luas disediakan untuk aktiviti bebas.
Gambar-gambar ruang makan yang sempat kami rakamkan rasanya cukup memberikan sedikit bayangan tentang suasana kapal tersebut. Secara ringkasnya rancangan ini dapat direalisasikan jika perkara-perkara berikut dapat dipenuhi.
Membeli 100 tiket *pelayaran selama lebih kurang 2 jam 30 minit dan buffet makananan*
(dewasa RM50 / kanak-kanak 3-12 RM25)
ATAU
Bayar surcaj sebanyak RM1500 jika beli tiket kurang dari 100
Mari kita fikirkan... (jangan lama-lama sangat tau)
Pertandingan catur dan dam Haji Tahun 6
Langgan:
Catatan (Atom)