30 Januari 2010

Cara mengenal pembolehubah (variables) dalam ujikaji sains SR siri 1

Sebelum mengenali variables(pembolehubah) kita mesti tahu jenis-jenis variables. Kita akan gunakan rajah di atas sebagai panduan.

Situasi:

Pasu X dan pasu Y yang sama saiz, ditanam dengan jumlah anak benih yang berbeza. Kedua-dua pasu diletakkan di tempat yang sama dan mempunyai tanah yang mengandungi nisbah air yang sama. Selepas seminggu hasil penyiasatan telah digambarkan seperti rajah di atas.

A. Fix / Constant variable juga dikenali sebagai Things to keep the same (TTK)
--- banyak benda yang sama/tidak berubah. Lihat dan baca situasi yang diberikan. Maka jawapan yang sesuai tentulah jenis benih, saiz pasu, tanah yang sama, dan tempat ujikaji dijalankan.

B. Maniputalted variables juga dikenali sebagai Things to change (TTC)
--- hanya satu saja yang diubah dalam ujikaji di atas iaitu bilangan anak benih yang ditanam di dalam setiap pasu.
--- Adalah tidak logik jika terdapat lebih daripada 1 TTC kerana hasil ujikaji akan menjadi celaru.

C. Responding variables juga dikenali sebagai Things to measure, see, observe (TOM)
--- Perhatikan perubahan yang dapat dilihat dalam rajah atau ramalan apa yang bakal berlaku hasil dari ujikaji tersebut.

**diharap panduan ringkas ini dapat membantu murid-murid dan guru memahami dengan lebih jelas tentang pembolehubah @ variables.

Ujian PEKA Sains Tahun 6

Walaupun sekolah tidak mempunyai makmal sains disebabkan tidak cukup bangunan/bilik, ujian PEKA tetap dijalankan terutama untuk kemahiran proses sains yang tidak banyak melibatkan ujian dimakmal.
Kelihatan seorang pelajar sedang tekun melengkapkan jawapannya.

Persiapan perlantikan pengawas

Selepas bacaan Yaasin, pengawas sekolah dan pengawas perpustaan telah diminta berkumpul untuk taklimat majlis perlantikan yang akan dijalankan pada hari Isnin nanti. Pn Saniah kelihatan sibuk membuat persediaan.
Cikgu Yazid (Guru Pengawas) turut berhempas pulas menyiapkan para pengawas sekolah untuk majlis perlantikan yang bakal dijalankan nanti. Mari kita tunggu dan lihat kelancaan majlis tersebut pada hari Isnin ini.

27 Januari 2010

kreativiti hasil kerja murid

Teruja dengan subjek Kajian Tempatan yang baru dipelajarinya berkaitan tajuk penempatan awal manusia, adik Mohd Fikri B Faizal telah menghasilkan satu model gua yang diperbuat daripada kertas surat khabar lama. Diharapkan agar muid-murid yang lain dapat mencontohi kreativiti dan daya usaha adik Mohd Fikri ini. Tahniah

26 Januari 2010

Perabut second hand dari SK Bandar Baru Uda 2

Memandangkan sekolah kekurang perabot yang merupakan kerusi dan meja murid, beberapa langkah alternatif telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut
Cikgu Nasir dan En Zainal telah pergi ke SK Bandar Baru Uda 2 untuk mendapatkan perabot-perabot yang tidak lagi digunakan di sana
Antara yang tidak digunakan lagi adalah dua buah meja ping pong yang masih lagi boleh digunakan. Kelihatan En Yusuf memeriksa meja yang baru tiba sambil memikirkan di mana harus diletakkan meja-meja tersebut.

Putus bekalan elektrik 27/01/10

Tak tahulah apa puncanya, hari ini Felda Ulu Tebrau terputus bekalan tenaga elektrik
Bekalan terputus sekitar 10 pagi. Murid-murid yang belajar di kelas kabin menerima nasib yang kurang baik kerana keadaan yang tertutup tanpa peredaran angin yang mencukupi...
Begitu juga bagi guru-guru yang kelihatan berehat sambil melakukan kerja-kerja sekolah di pondok bacaan berhampiran kabin bilik guru...

25 Januari 2010

Motivasi Tahun 6 UPSR 2010

En Misron menyampaikan ceramah motivasi UPSR kepada para pelajar. Motivasi singat setiap Isnin ini adalah diharapkan dapat membantu murid mencapai kecemerlangan di dalam UPSR tahun ini. InsyaAllah
Sebahagian daripada murid-murid tahun 6 yang bersemangat mendengar ceramah dan nasihat yang disampaikaikan.

Cara lilitan berkabung yang unik

Di sini dipaparkan satu cara lilitan kain putih yang agak unik untuk dipakai semasa perkabungan. Selamat mencuba.

Perhimpunan Isnin - hari pertama perkabungan

Perhimpunan hari ini hampir kesemua murid dan guru berkabung...walaupun tidak disampaikan maklumat tentang perkabungan ini murid-murid dan para guru yang peka telah bersedia lebih awal.
"Kak Maya...susah la nak cari tudung putih lima helai yang berkenan, nak pakai sampai Jumaat""Aaah...akak pon tengah pening mikir kan nak pakai tudung mana...nasib baik da gaji hari ni"
Tetap kelihatan anggun walaupun semasa berkabung....Eh...control senyum sikit...

24 Januari 2010

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat

JOHOR BAHARU, 22 Jan (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Baharu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Nama Almarhum terpahat pada sekolah, acara sukan seperti Kejohanan Golf Terbuka Iskandar dan juga koridor pembangunan selatan Johor iaitu Iskandar Malaysia.

Abdul Ghani turut ditanya pemberita tentang punca kemangkatan baginda, tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut.

"Semoga dicucuri rahmat yang berlebih-lebihan ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan itu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Latif Yusof dan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Turut berada pada sidang media itu ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Menteri Besar berkata, perangkatan jenazah baginda Sultan Johor ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah akan bermula pada 1.30 petang hari ini.

Rakyat Johor menurut beliau, boleh menziarah jenazah baginda di Istana Besar mulai 9 pagi hari ini, manakala tempoh ziarah bagi orang kenamaan dijadualkan bermula pada 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sementara itu dalam sidang medianya, beliau turut meminta rakyat dan penduduk negeri ini supaya berkabung mulai hari ini sehingga pemakaman jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia selama tujuh hari.

Manakala bagi kerabat-kerabat diraja pula katanya, tempoh perkabungan adalah selama 40 hari mulai hari ini.

Abdul Ghani berkata, bendera negeri dinaikkan separuh tiang mulai malam semalam selama tujuh hari dan membatalkan segala bentuk hiburan dan permainan sepanjang hari pemakaman baginda.

Beliau juga mengarahkan semua masjid dan surau negeri ini supaya mengadakan majlis bacaan tahlil dan doa ke atas roh baginda selepas fardu Maghrib selama tujuh hari mulai hari ini.

Sementara itu, jenazah almarhum Sultan Iskandar kelihatan dibawa ke Istana Besar pada 11.22 malam.

Van jenazah yang membawa jenazah baginda dilihat meninggalkan Hospital Pakar Puteri sambil diiringi berpuluh buah motosikal pengiring trafik, kenderaan kerabat diraja Johor, anggota-anggota exco kerajaan negeri Johor dan Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

Perkarangan hospital tersebut dikawal ketat oleh anggota polis, JMF dan juga Rela berikutan kehadiran ramai petugas media termasuk dari Singapura dan juga rakyat jelata.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah merupakan yang terawal menziarahi almarhum.

-- BERNAMA

Pau kelapa dan pau kacang

Meskipun telah berpindah ke sidang petang, Puan Fadzilah sempat juga mengirimkan sarapan pagi yang berupa pau kacang dan pau kelapa. Ramai juga yang mengesat air mata semasa makan pau ini kerana merasa rindu pada Puan Fadzilah yang telah ke sesi petang.

Bacaan Yaasin (dalam hujan)

Pada pagi Jumaat 22/01 yang lepas telah berlangsung majlis bacaan Yaasin seperti biasa. Gambar-gambar ini bukanlah telah diubahsuai tetapi memang cuaca begitu gelap seolah-olah senja....
Barisan guru dan murid tetap meneruskan bacaan Yaasin meskipun cuaca agak membimbangkan...
Memang betullah sangkaan ramai. Belum sempat lagi bacaan Yaasin selesai....hujan pun turun. Kelihatan guru dan murid bertempiaran menyelamatkan diri...
Agak sukar juga mencari tempat berteduh yang begitu terhad ini...mujurlah hujan yang turun hanya sebentar dan tidak begitu lebat....
Bacaan Yaasin diteruskan. Kelihatan En Yusuf, En Ridzuan dan En Jumali meneruskan bacaan masing-masing....Amin

19 Januari 2010

Mesyaurat panitia

Sepanjang dua minggu terakhir ini, banyak berlangsung mesyuarat-mesyuarat Panitia dan unit-unit khas.
Yang menariknya guru-guru yang baru bertugas di sini dengan penuh keredhaan dan keikhlasan hati mereka menerima jawatan-jawatan penting yang diberikan. Syabas

Perjumpaan Pertama ko-kurikulum

Telah berlangsung perjumpaan pertama Ko-kurkulum untuk tahun 2010. Perjumpaan kali pertama ini lebih disasarkan kepada mesyuarat dan lantikan AJK unit-unit Ko-kurikulum.
Majlis dimulakan dengan nyanyian rangkaian lagu-lagu Negaraku dan Bangsa Johor.
Kelihatan orang kuat Ko-kurikulum Cik Siti Hajar sedang mempengerusikan perhimpunan pada pagi itu.

Kesian cikgu Faisal

Entah berapa kali Cikgu Faisal terlibat di dalam kemalangan. Yang terbaru beliau terlibat lagi dalam satu kemalangan ringan di Pasir Gudang. Ingatlah jalan bukan tempat untuk berlumba. Berhati-hati di jalan raya

14 Januari 2010

Mesyuarat 14/01/2010

Hari in juga telah berjalan mesyuarat kecemerlangan UPSR yang dipengerusikan oleh En Zakaria. Guru-guru yang telah terlibat kursus gempur UPSR Pasir Gudang juga turut memberikan dapatan daripada kursus yang telah dihadiri tempohari.
Mesyuarat disambung lagi dengan mesyuarat kokurikulum yang dipengerusikan oleh En Zainal. Sempat juga En Zainal menunjuk cara memegang mikrofon ala Mas Idayu...
Mesyuarat tersebut berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 2.20 petang. Memandangkan ramai murid terlibat dengan program sekolah agama maka mesyuarat seperti ini dapatlah dijalankan.

jambu colek

Semenjak dah tak ada rakan-rakan guru yang regular membawa juadah pagi, suasana agak hening di pagi-pagi hari...bagaimanapun Pn Puziah sempat juga membawa jambu colek untuk hidangan ringan di kabin guru...
Jelas kelihatan cikgu Jumali keriangan dan begitu asyik menikmati buah jambu yang disediakan pagi ini...cikgu Jumali bila lagi nak bawa, rumah tepi sekolah aje hehe

Alas kaki

Antara masalah utama yang dihadapi apabila menggunakan kelas kabin ialah masalah pasir. Masalah ini sukar di atasi dengan menggunakan alas kaki biasa. Alas kaki seperti yang banyak terdapat di dalam kenderaan ini memang sesuai dan berkebolehan memerangkap pasir secara total.

sarapan pagi ini

Dah beberapa kali cikgu ridzuan membawa roti sambal home made yang sungguh enak ini ke sekolah. Namun belum sempat lagi di ambil gambarnya...roti dah pun habis. kepada yang berminat untuk mendapatkannya sila hubungi beliau. Ingat roti...ingat roti endekramin


11 Januari 2010

Perhimpunan pertama 2010

Semua orang teruja apabila buat kali pertama perhimpunan mingguan diadakan di kawasan bola baling berhadapan bilik darjah pra-sekolah
Majlis yang mulnya berjalan baik dicemari oleh sistem audio yang kurang memuaskan. Beberapa orang guru kelihatan mencuba membetulkan sistem audio yang mengalami kerosakan. Wayar panjang telah didapati dipotong-potong.
Matahari mula menyinar tepat ke arah tempat duduk guru-guru.
Empat orang guru baru bertugas turut diperkenalkan iaitu, En Nasiruddin a.k.a Cikgu Nasir
Cikgu Nurul Aqilah
Miss Ellya
Cikgu Nurasyikin
dan seorang lagi yang terlepas pandang untuk diperkenalkan ialah Pn Liya, pembantu kelas Pendidikan Khas....hanya gambar dari sudut belakang sahaja (kurung coklat) dapat dirakamkan setakat ini.
Related Posts with Thumbnails