16 Januari 2012

Majlis perpisahan KEBIRU untuk En Misron

Satu majlis perpisahan anjuran KEBIRU telah diadakan di Kompleks Johor Land, Bandar Dato' Onn bagi meraikan perpisahan Cikgu Misron. Sepertimana yang semua telah maklum, Cikgu Misron telahpun berpindah setelah hampir 32 tahun mencurahkan bakti di sekolah ini. Majlis yang ceria ini kerap di selangi dengan kesedihan. Maklumlah inikan majlis perpisahan.
Majlis yang bermula sekitar 12.30 tgh telah dihadiri oleh sebahagian besar guru dan staf. Syukurlah kami berada di dalam bilik berhawa dingin kerana di luar cuacanya sangat panas dan menyengat.
Kelihatan Cikgu Misron agak sebak semasa menyampaikan ucapan sambil mengimbau nostalgia beliau sepanjang perkhidmatan di sekolah ini. Seperti kata beliau, "Batu dan pokok pun dah kenal dengan dia". Begitulah akrabnya beliau dengan sekolah ini. Memang tidak dinafikan, walaupun sekolah ini agak tersorok dan pedalaman tapi ianya bagaikan berkuasa magnet dapat menarik kecintaan warga pendidiknya sehunggakan begitu sayang dan sukar meninggalkan sekolah ini.
Banyak sekali acara-acara pertukaran hadiah pada petang itu. Mana mungkin saya dapat meletakkan semua gambar-gambar di dalam ruang yang terhad ini. Jelas sekali Cikgu Misron berada di dalam suatu tempat istimewa di dalam hati para guru dan staf sekolah ini.
Majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan sebelum bersurai. saya tak dapat untuk terus berada lama di dalam majlis ini kerana sakit kepala (mungkin sebab cuaca yang agak panas).

Kepada En Misron, jasa dan budimu amatlah kami hargai dan akan kami kenang selama-lamanya. Semoga diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur. Insya-Allah kita akan berjumpa lagi. Selamat maju jaya.....

Majlis perpisahan Cikgu Misron bersama murid

Pada hari Jumaat 13/01/2012 yang lepas. Satu majlis perpisahan untuk Cikgu Misron sempat diadakan di Dewan Ilmu. Cikgu Misron telah di dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Tanjung Langsat.
Kelihatan sebahagian guru yang turut sama di dalam majlis tersebut.
Ucapan wakil murid
Ucapan dan pesanan terakhir Cikgu Misron kepada semua murid..
Majlis sebegini tidak sah kalau tidak disertai dengan penyampaian hadiah tanda ingatan dan kasih sayang. semoga suksess di tempat baru dan selamat maju jaya diucapkan kepada cikgu Misron.

Canderahati KEBIRU 2010-2011

Teima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama sepanjang sesi perkhidmatan KEBIRU 2010-2011

08 Januari 2012

Meja guru baru

Pada Jumaat lepas, setelah berbulan menunggu akhirnya datang jua kontraktor untuk memasang meja guru seperti yang dijanjikan. Kelihatan pengerusi KEBIRU, En Nahar dibantu oleh Timb. Peng. KEBIRU, En Yazid sedang sibuk menyusun kedudukan meja. Nampaknya semua bertambah semangat dengan kehadiran meja baru....

Hari pertama persekolahan

03 Januari 2012

Taklimat penyelenggaraan kecemasan bangunan baru

Tepat jam 10.30 pagi tadi semua guru lelaki dikehendaki mendengar taklimat kecemasan @ penyelenggaraan bangunan oleh kontraktor terbabit. Taklimat panjang lebar berkaitan dengan tekanan air, bekalan elektrik, bilik kawalan elektik utama, injap pancur kering dan loceng kebakaran telah disampaikan. Tuan guru besar turut hadir mendengar taklimat tersebut. Taklimat yang kena dengan masanya. Bukan nak memandai-mandai tapi berguna juga bila ada kecemarasan dan masalah yang bakal timbul kemudian....

Majlis penyerahan bangunan baru 03.01.2012

Memang padat. Begitulah gambaran aktiviti yang berlangsung di sekolah pada hari ni. Hari ni juga pihak sekolah telah menerima penyerahan bangunan baru sekolah yang telah lama dinantikan. Banyak lagi kerja-kerja bakal menanti. Harap semuanya bersabar....

Tandatangan SBPA

Dalam masa yang tengah sibuk hari ni sempat lagi guru-guru menandatangani kontrak SBPA. Tahniah semua.

Penyerahan sumbangan peralatan persekolahan murid tahun 1 oleh Yayasan Felda

Selepas saja selesai pendaftaran tahun 1, 2012, para ibubapa telah ke dewan untuk mendengar taklimat transisi oleh cikgu Jailani Penyelia Petang.
Majlis turut diserikan oleh penyampaian sumbangan keperluan sekolah oleh Yayasan Felda yang merupakan beg sekolah dan peralatan-peralatan lain istimewa untuk miurid-murid tahun 1. Simbolik penyerahan kelengkapan ini telah disampaikan oleh Pen. Pengurus Felda (baju gelap).
Sebahagian daripada murid-murid yang menerima sumbangan kelengkapan sekolah di sampaikan oleh Tok Penghulu Felda Ulu Tebrau.

Pendaftaran Tahun 1, 2012

Related Posts with Thumbnails