20 September 2010

Persediaan UPSR 20 Sept 2010

Selepas perhimpunan mingguan pada hari ini, murid-murid telah diletakkan di dalam kumpulan dan diberi peluang untuk berada di dalam kelas peperiksaan.
Murid-murid juga diberikan tips-tips akhir mengikut subjek-subjek tertentu oleh guru-guru.
Tidak ketinggalan juga persiapan terakhir seperti lampu dan kipas angin bilik-bilik peperiksaan.
Sebelum tamat hari persekolahan pada hari ini, murid-murid Tahun 6 mengambil kesempatan bersalaman dan memohon restu daripada guru-guru...

Persiapan UPSR Sabtu 18 Sept 2010

Kerja-kerja mengemas dan menyusun kerusi meja dan bilik peperiksaan UPSR telah pun bermula pada hari ini. Kerja-kerja mengemas ini telah diketuai oleh AJK penyediaan bilik peperiksaan dan dibantu oleh murid-murid tahun 4 dan 5.
Memandangkan ini kali pertama murid-murid bakal menduduki peperiksaan penting, guru-guru sibuk menyampaikan tips-tips dan panduan menduduki peperiksaan...

04 September 2010

Cabaran UPSR 2010

Barangkali perkara yang agak sukar untuk telan adalah hakikat yang murid-murid Tahun 6 bakal menghadapi peperiksaan UPSR sejurus naik cuti hari raya. Cuti hari raya yang berlanjutan sehingga 17 September ini hanya beberapa hari saja sebelum UPSR bermula (21-23 September). Untuk itu En Misron sempat lagi memberi kata-kata nasihat berupa ingatan bahawa kelas-kelas tambahan UPSR akan terus diadakan mulai 4-6 September...Semoga murid-murid kekal fokus dan ada membuat ulangkaji walaupun sedang bercuti Hari Raya...

Majlis bersalaman dan bermaafan...


Sudah menjadi budaya sekolah ini mengadakan majlis bersalaman pada akhir hari persekolahan. Semoga segala perselisihan dan kesalahan lalu harap dimaafkan dihari yang mulia ini...Amin

Sumbangan untuk anak yatim dan pelajar miskin sempena hari raya

Pihak sekolah dan Panitia Agama Islam turut membuat kutipan dan mengusahakan sumbangan kepada murid-murid anak yatim dan pelajar miskin sempena Hari raya yang bakal tiba. Kelihatan sebahagian daripada para pelajar menerima sumbangan...

Penyerahan kutipan Tabung kemanusiaan Palestin

Sekolah juga turut menyampaikan sumbangan kutipan wang yang telah didermakan oleh murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah untuk Tabung kemanusiaan Palestin. Sumbangan yang berjaya dikumpulkan berjumlah RM1102.35. Majlis simbolik penyerahan telah disampaikan kepada Ustaz Mahmood B Kassim, Pen. PPD Pend. Islam dan Moral PPD Pasir Gudang

Majlis khatam Al Quran sempena bulan Ramadan

Majlis anjuran Panitia Agama Islam ini telah dipimpin oleh Ustaz Abdullah
Barisan murid-murid yang terlibat...
Ramai-ramai duduk beralaskan tikar...mujur juga terlindung oleh bayang-bayang bangunan, kalau tidak tentulah panas...
Majlis turut dihadiri oleh Ustaz Mahmood B Kassim, Pen PPD Pasir Gudang. Dari kiri Tn Guru Besar, En Zakaria, Ustaz Mahmood, En Misron (GPK1) dan En Zainal (GPK KK)
...barisan guru-guru
Cuba teka..siapakah pemilik kasut baru ini??
Related Posts with Thumbnails