31 Mei 2010

Juara peringkat negeri peraduan Mengarang Surat kepada Tn. Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Pada pagi tadi telah berlangsung penyampaian hadiah kemenangan kepada adik Nor Alisyah Bt Zeidon dari kelas 5 Ibnu Sina kerana telah memenangi Pertandingan Mengarang Surat kepada Tn. Pengarah Pelajaran Johor bersempena Sambutan Hari Guru yang berlangsung baru-baru ini. Kelihatan Tn Guru Besar, En. Zakaria sedang menyampaikan hadiah. Adik Nor Alisyah juga telah dijemput membacakan surat yang telah beliau karang.
Nor Alisyah sempat memberikan pose menarik bersama plak kemenangan bagi peringkat Daerah Pasir Gudang dan Negeri Johor
Turut menerima hadiah penyertaan adalah adik Filzah Fakhirah dari kelas 6 Ibnu Sina kerana menyertai pertandingan Shahiba peringkat daerah Pasir Gudang baru-baru ini.

Semoga dengan kemenangan yang dirai ini dapat menyemarakkan lagi semangat dan motivasi para guru dan murid meningkatkan lagi prestasi sekolah ini.

SK Felda Ulu Tebrau...BOLEH !

30 Mei 2010

Mesyuarat JawatanKuasa Perkhemahan 2010

Telah berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan Unit-unit Beruniform yang bakal diadakan dari 25-27 Jun 2010. Perkhemahan kali ini akan diadakan di kawasan sekolah...

Sambutan Bulan Bahasa

Panitian Bahasa Melayu telah melancarkan sambutan Bulan Bahasa bermula 24 Mei 2010. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Bahasa ini...

10 Mei 2010

Teka gambar guruku sayang

update gambar terkini. Semua ada 12 gambar untuk dikenali. Lengkapkan borang penyertaan dan hantar segera. Selamat berjaya.
Bersempena sambutan hari guru yang bakal menjelang, KEBIRU telah menganjurkan peraduan teka gambar guruku sayang yang terbuka penyertaan untuk semua guru dan murid-murid SK Felda Ulu Tebrau. Sukar juga hendak diramalkan siapakah pemilik wajah-wajah berikut....
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K

06 Mei 2010

Kursus motivasi guru-guru tahun 6

Kesemua guru-guru yang mengajar subjek-subjek teras telah menghadiri satu program motivasi anjuran majlis pemuafakatan sekolah-sekolah zon Tiram yang bertempat di SK Ulu Tiram pada 04/05/2010 bermula dari jam 2.00-4.30 petang. ceramah motivasi telah disampaikan oleh ketua sektor pembangunan sumber manusia JPNJ.

Ujian bulan Mei

Murid-murid tahun 6 memang kerap terlibat dengan ujian-ujian sebagai salah satu usaha mengesan pencapaian semasa mereka. Kleihatan para pelajar sedang tekun menjawab soalan Ujian Bulan Mei yang bermula pada 4-5 mei yang lepas

01 Mei 2010

Bangunan baru 4/10

Kerja-kerja pembinaan semakin rancak. Rupa bangunan mula kelihatan
Related Posts with Thumbnails